Pihak berkuasa tempatan di Malaysia, perlu memastikan kod reka bentuk gempa dapat dilaksanakan ke atas semua bangunan di dalam kawasan mereka.<br /><br />Menurut Pakar Kajian Kejuruteraan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia Prof Ir Dr Azlan Adnan, walaupun Malaysia telah menggunakan panduan reka bentuk gempa bagi bangunan-bangunan kerajaan semenjak 2017, namun pelaksanaannya tidak dilakukan ke atas bangunan milik syarikat swasta.